PENGENALAN

KANAK-KANAK PINTAR DAN BERBAKAT



DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT 

Pintar cerdas dan berbakat membawa maksud yang pelbgai mengikut persepsi seseorang individu masing-masing. 

Menurut Sousa (2003), menyatakan bahawa kanak yang pintar-cerdas adalah satu keistimewaan yang mempunyai tahap keintelektualan yang tinggi dalam bidang akademik. 

Lewis Terman (1916), memberi definisi kanak pintar cerdas adalah seorang kanak yang keberbolehan untuk berfikir secara abstrak. 

Menurut Pieget (1950) pula, kanak pintar cerdas dapat menunjukkan kebolehan individu membuat adaptasi terhadap persekitaran fizikal dan sosial. 

Sanford Binet (1916), adalah orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas dan juga mendefinisikan bahawa murid pintar cerdas adalah keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. 

Howard Gardner (1983), menyatakan bahawa individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu tujuh kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Manakala kepintaran terdiri daripada 3 faktor iaitu kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif, kepintaran analitik atau kebolehan kreatif dan kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis dan kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan seharian (Stenberg, 1984). 

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berbalkat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. Hal ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semulajadi.

Porter (1999), telah menyatakan berbakat sebagai kebolehan istimewa yang lebih tinggi. 

Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan oleh beberapa tokoh pendidikan, kita boleh membuat kesimpulan iaitu kanak pintar cerdas dan berbakat adalah seseorang yang mempunyai kecekalan yang luar biasa dimana dapat diatasi rakan seusia. Mereka juga sentiasa menunjukkan minat tertinggi untuk belajar, serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran serta berupaya untuk menggabungkan beberapa maklumat untuk menghasilkan sesuatu pedapat atau idea baru. 


KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Menurut Ng dan Sandiyao Sebestian (2005), menyatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Murid pintar cerdas dan berbakat ini lulus penilaian tahap kecerdasan atau keupayaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).  Apabila seorang kanak bernama Adi Putra Abd Ghani yang menarik perhatian media massa, barulah pendidikan kanak pintar cerdas dan berbakat diperkenalkan di negara kita. Kanak pintar ini mempunyai pintar cerdas di dalam bidang matematik yang sering menjadi tular dan juga mengambil perhatian ramai individu di negara ini. Kepintaran yang ditunjukkan oleh kanak ini adalah menjadi titik permulaan di negara kita untuk mengambil berat tentang murid pintar cerdas dan berbakat. Hal ini menyebabkan pelbagai program telah wujud dan juga diperkenalkan oleh KPM dan juga universiti tempatan khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

                                                                                        (Diperoleh daripada pelbagai sumber)

  



Comments